Perlakuan terhadap tawanan perang menurut Islam

 Dalam Qur'an dijelaskan bahwa tidaklah patut seorang nabi memiliki tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuh-musuhnya.

“ Tidak patut, bagi seorang nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawi sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untukmu), dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Al-Anfal 6:67)[1] ”

Membunuh, menawan atau membebaskan musuh

“ Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir (di medan perang) maka pancunglah batang leher mereka. Sehingga apabila kamu telah mengalahkan mereka maka tawanlah mereka dan sesudah itu kamu boleh membebaskan mereka atau menerima tebusan sampai perang berakhir. Demikianlah apabila Allah menghendaki niscaya Allah akan membinasakan mereka, tetapi Allah hendak menguji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain, dan orang-orang yang syahid pada jalan Allah, Allah tidak akan menyia-nyiakan amal mereka. (Surah Muhammad 47:4).[2] ”

Ayat ini diturunkan pada tahun ke-2 Hijrah ketika rasulullah telah mula melancarkan peperangan demi peperangan terhadap orang-orang musyrik. Berdasarkan ayat ini, jika ada tawanan perang, maka pilihan yang ada kepada rasulullah (sebagai ketua negara) hanyalah membebaskan mereka atau menerima tebusan. Tidak ada kebenaran untuk menjadikan mereka sebagai hamba.


Larangan berbuat zalim dan kejam kepada tawanan

Ditakdirkan umat Islam mempunyai tawanan perang dan sebagainya, Islam melarang umatnya berlaku zalim dan kejam terhadap tawanannya. Allah berfirman bermaksud:


“ ...dan mereka (iaitu orang yang beriman) memberi makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan. (Surah Al-Insan: ayat 8) [3]

Komentar

Popular

penemuan drone Asing di Indonesia || di duga milik cina

Apakah itu vaksin

kromosom